Monday, April 5, 2010

CARA MENYEJUKKAN SUASANA DALAMAN RUMAH

Adakah anda mendapati ruang dalaman rumah anda berasa panas? Sejak akhir-akhir ini suhu semakin meningkat
disebabkan oleh pemanasan global. Kini anda tidak perlu lagi risau kerana terdapat beberapa teknik yang dapat
membantu untuk menyejukkan ruang dalaman rumah anda.



1) Apabila anda ingin menukarkan siling asbestos kepada siling lain, tukarkanlah kepada fiber cement board.
Siling jenis ini lebih murah dan senang diperoleh. Untuk memastikan ruang dalaman kelihatan sejuk, alaskan dengan
fiberwool insulation. Ramai yang terpedaya dengan menggantikan kepada siling kumai di mana siling ini lebih mahal
dan juga menjadikan ruang dalaman kelihatan rendah serta bersuhu panas. Siling baru eloklah dipasang mengikut
bentuk bumbung supaya pasak kayu bumbung boleh dilihat. Siling yang tinggi juga mampu untuk menjadikan ruang
dalaman rumah anda sejuk.

2) Anda disarankan untuk menggunakan ‘flourescent bulb’. Lampu jenis ini menawarkan jumlah kuantiti cahaya yang
sama seperti ‘incandescent bulbs’ tetapi lampu ini mengeluarkan sedikit haba. Selain itu ‘flourescent bulbs’ juga
kurang menggunakan tenaga elektrik.



3) Tanaman hiasan dalaman juga boleh diletakkan di sudut rumah anda. Selain menjadikan ruang rumah anda kelihatan
lebih segar dan menarik, ia juga dapat membantu menyejukkan ruang dalaman. Antara pokok hiasan hidup yang sesuai
diletakkan di dalam rumah ialah ekor kucing, pokok palma dan sebagainya.



4) Anda juga boleh mengecat dinding rumah dengan menggunakan warna yang cerah seperti biru cair, kuning cair dan
sebagainya. Ini dapat membantu ruang dalaman rumah anda lebih sejuk kerana warna cerah dapat memantulkan semula cahaya.
Selain itu, rumah anda juga akan kelihatan lebih cantik, tenang dan segar.



5) Anda digalakkan untuk memasang awning. Awning dapat membantu melindungi rumah anda dari cahaya matahari yang terlampau.



6) Jangan meletakkan penghawa dingin berhampiran televisyen atau pon komputer. Ini kerana televisyen dah komputer
mengeluarkan haba yang banyak dan ini sekaligus membuatkan penghawa dingin terpaksa beroperasi lebih untuk menyejukkan
ruang rumah anda. Selain itu, meningkatkan jumlah tenaga elektrik



7) Penggunaan kemasan pada dinding dan lantai juga dapat membantu mengurangkan tahap kepanasan didalam rumah, penggunaan
kemasan jubin lantai jenis seramik dapat membantu menyerap kepanasan dan menambahkan kesejukan berbanding penggunaan kemasan
lantai dari jenis kayu (timber floor)

KLIK SINI UNTUK BACAAN SETERUSNYA


1 comment:

Anonymous said...

nice info...

Post a Comment

ADVERTISEMENT

ARTDRAUGHTMANS POST

ARTDRAUGHTMANS CARD

Photobucket

ARTDRAUGHTMANS VISITORS

back to top