Wednesday, February 24, 2010

PENGELUARAN KWSP UNTUK MEMBINA RUMAH IDAMAN



Pengeluaran ini membolehkan anda mengeluarkan simpanan Akaun II untuk membiayai pembinaan sebuah rumah seperti berikut:

• Pembinaan secara perseorangan atau
• Pembinaan secara bersama suami/isteri.

Kelayakan Memohon


Anda layak memohon sekiranya anda adalah:

• Ahli warganegara Malaysia atau
• Ahli warganegara Malaysia yang pernah membuat pengeluaran di bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara Malaysia sebelum 1 Ogos 1995 dan kemudian memilih untuk mencarum semula atau
• Ahli bukan warganegara Malaysia (Ekspatriat) yang menjadi ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998 atau
• Ahli bukan warganegara Malaysia yang mendapat status penduduk tetap Malaysia (PR) dan
• Anda mempunyai baki simpanan dalam Akaun II anda dan anda juga mestilah belum mencapai umur 55 tahun pada masa permohonan pengeluaran ini diterima oleh KWSP.

Anda tidak layak memohon sekiranya anda:

• Membeli tanah atau lot tapak rumah sahaja atau
• Mengubahsuai, membaiki atau membuat kerja-kerja tambahan kepada rumah yang sedia ada.

Jumlah Yang Boleh Dikeluarkan

Anda boleh mengeluarkan simpanan sebanyak berikut, mengikut mana yang kurang:

• Pembinaan Secara Perseorangan
• Amaun perbezaan di antara kos bina rumah dengan jumlah pinjaman perumahan dan tambahan 10% lagi daripada kos bina rumah atau
• Semua simpanan dalam Akaun II

Pembinaan Secara Bersama Suami / Isteri

Amaun perbezaan di antara kos bina rumah dengan jumlah pinjaman perumahan dan tambahan 10% lagi daripada kos bina rumah atau
Semua simpanan dalam Akaun II pemohon masing-masing tertakluk kepada amaun maksimum yang layak dikeluarkan di atas.
Sekiranya anda mengambil 100% pinjaman perumahan, anda layak mengeluarkan simpanan sebanyak 10% dari kos bina rumah atau semua simpanan dalam Akaun II, mengikut mana yang lebih rendah.
Sekiranya anda membina rumah secara tunai, anda layak mengeluarkan simpanan sebanyak jumlah kos bina rumah dan tambahan 10% dari kos bina rumah atau semua simpanan dalam Akaun II, mengikut mana yang lebih rendah.
Anda juga boleh memilih untuk menentukan jumlah yang ingin dikeluarkan daripada simpanan Akaun II, tertakluk kepada amaun maksimum yang layak dikeluarkan dengan mengisi Surat Akujanji Pilihan Amaun Pengeluaran.

Kekerapan Pengeluaran

Pengeluaran ini hanya dibenarkan untuk rumah pertama sahaja. Bagaimanapun, jika anda pernah membuat pengeluaran sebelum ini untuk membina rumah pertama dan kemudiannya telah menjual rumah tersebut, anda boleh membuat pengeluaran untuk membina rumah kedua. Bukti penjualan rumah pertama hendaklah dikemukakan.
Selepas pengeluaran ini, anda layak mengeluarkan simpanan untuk mengurang/ menyelesaikan baki pinjaman bagi rumah yang sama sekali setahun dari tarikh pengeluaran terakhir.

Pertanyaan

Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan atau memerlukan maklumat lanjut mengenai skim pengeluaran ini, sila hubungi:

• Mana-mana pejabat KWSP yang berhampiran
• Pusat Pengurusan Panggilan Telefon KWSP di 03-8732 6000
• Sistem Pesanan Ringkas (SMS) – Taip KWSP dan hantar ke 36373

Sila nyatakan nombor keahlian KWSP atau nombor Kad Pengenalan anda dan jenis pengeluaran yang dipohon apabila berurusan dengan KWSP. Anda dinasihatkan untuk terus menghubungi KWSP untuk mendapatkan bantuan atau nasihat yang diperlukan.

*sumber dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

KLIK SINI UNTUK BACAAN SETERUSNYA


No comments:

Post a Comment

ADVERTISEMENT

ARTDRAUGHTMANS POST

ARTDRAUGHTMANS CARD

Photobucket

ARTDRAUGHTMANS VISITORS

back to top