Monday, November 30, 2009

    ALUMINIUM SHOP DRAWING

    A shop drawing is a drawing or set of drawings produced by the contractor, supplier, manufacturer, subcontractor or fabricator. Shop drawings are typically required for pre-fabricated components. Shop drawings are not produced by architects under their contract with the owner. The shop drawing is the manufacturer’s or the contractor’s drawn version of information shown in the construction documents.The shop drawing normally shows more detail than the construction documents. It is drawn to explain the fabrication and/or installation of the items to the manufacturer’s production crew or contractor's installation crews. The style of the shop drawing is usually very different from that of the architect’s drawing. The shop drawing’s primary emphasis is on the particular product or installation and excludes notation concerning other products and installations, unless integration with the subject product is necessary.

    Shop drawings will include all the necessary details, drawn in Autocad 2009 to describe your intent , for Architectural approval. The details will be generated from the Architectural Plans and your Instructions as to which System type to incorporate. All dimensions and detail layout will be drawn as shown on the Architectural and /or Structural plans unless instructed otherwise
    by your company or your representative. All drawings and details will be transmitted to you via Disk,E-mail, or direct link modem, as per our agreement. All drawings generated by ArtDraughtmans will be your property immediately upon payment.

    Sample of shop drawing, click for large image.

    Thursday, November 26, 2009

    SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA DARI ARTDRAUGHTMANS


    KEPADA SEMUA PEMBACA & PELAWAT ARTDRAUGHTMANS.BLOGSPOT.COM, KAMI MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA ADILADHA KEPADA YANG BERAGAMA ISLAM DAN KEPADA YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM, SALAM ARTDRAUGHTMANS DARI KAMI

    Tuesday, November 24, 2009

    3D ILLUSTRATION...COMMERCIAL



    3D ILLUSTRATION...HOUSE

    JUMLAH & KADAR DENDA YANG AKAN DIKENAKAN JIKA MELANGGAR PERATURAN UBAHSUAI

    Berapakah jumlah denda yang perlu dibayar atas kesalahan ubahsuai rumah?

    Berapakah jumlah denda saya kena bayar atas kesalahan ubahsuai rumah?
    Jumlah denda adalah tertakluk kepada undang2 bangunan yang dikuatkuasakan oleh Majlis Bandaran. Secara ringkas, jumlah denda yang dikenakan ialah;

    1. 10 kali ganda dari bayaran yuran proses pelan
    Denda ini dikenakan kepada rumah yang diubahsuai sebelum mendapat kelulusan dari pihak majlis. Sebagai contoh, jika yuran proses pelan ialah RM150, maka denda yang perlu dibayar ialah RM1500.

    2. 20 kali ganda dari bayaran yuran proses pelan
    Denda ini dikenakan kepada rumah yang diubahsuai selepas mendapat kelulusan dari pihak majlis, tetapi ubahsuai dibina melencung dari pelan lulus serta melebihi had anjakan yang dibenarkan. Sebagai contoh, jika yuran proses pelan ialah RM150, maka denda yang perlu dibayar ialah RM3000.

    3. 20 kali ganda dan 10 kali ganda dari bayaran yuran proses pelan
    Denda ini boleh dikenakan kepada rumah yang diubahsuai sebelum mendapat kelulusan dari pihak majlis dan ubahsuai dibina melebihi had anjakan yang dibenarkan. Sebagai contoh, jika yuran proses pelan ialah RM150, maka denda yang perlu dibayar ialah RM4500.

    Bolehkah saya membuat rayuan untuk kurangkan denda?

    Mengikut pengalaman saya, anda boleh membuat rayuan tetapi peluang untuk mendapat diskaun denda amat tipis. Ini adalah kerana pihak majlis telah memberi kelonggaran kepada anda untuk mengekalkan binaan yang telah dibuat tanpa perlu merobohkan binaan tersebut! Jadi bayarlah saja denda dan bersyukurlah rumah anda tidak dirobohkan!

    Nota penting! Kadar denda mungkin tidak sama antara pihak majlis di daerah anda, jadi sila semak dengan Majlis Bandaran daerah anda


    TERUSKAN MEMBACA DISINI

    3D ILLUSTRATION...HOUSE



    JENIS KESALAHAN & TINDAKAN DARI PIHAK BERKUASA TEMPATAN

    Apa tindakan majlis jika melanggar undang2 ubahsuai? Untuk menjawab persoalan ini, Berikut adalah diterangkan secara ringkas jenis kesalahan mengikut garispanduan ubahsuai rumah :

    1. Mengubahsuai rumah tanpa memohon kebenaran dan mendapat kelulusan pihak majlis.

    2. Mengubahsuai rumah setelah mendapat kelulusan pelan, tetapi ubahsuai yang dibina melebihi had anjakan yang dibenarkan.

    3. Mengubahsuai rumah tanpa kelulusan pihak majlis dan ubahsuai yang dibina melebihi had anjakan yang dibenarkan.

    Apakah tindakan pihak majlis ke atas 3 kesalahan di atas?
    Secara umum, para petugas Majlis Bandaran sentiasa mebuat pemantauan berjadual di setiap seksyen/kawasan perumahan darihal kebersihan, ubahsuai rumah dsb. Tindakan yang akan di ambil oleh petugas/pegawai/juruteknik ini ialah;

    a. Mengeluarkan notis pertama; arahan kepada pemilik kediaman untuk menghentikan kerja pembinaan dan membuat rayuan ke pihak majlis bagi melantik akitek/perunding untuk mengemukakan pelan 'as-build drawing' seperti yang telah dibina di tapak serta membayar denda di atas kesalahan tersebut. Biasanya majlis memberi tempoh 2 minggu kepada pemilik untuk membuat rayuan.

    b. Mengeluarkan notis kedua susulan kepada notis pertama; jika pemilik rumah masih tidak mengemukakan sebarang rayuan ke pihak majlis,

    c. Mengeluarkan notis ketiga susulan kepada notis kedua; jika pemilik rumah masih berdegil tidak mahu membuat rayuan dan mengemukakan pelan ke pihak majlis,

    d. Notis terakhir yang ke-empat, iaitu notis operasi merobohkan tambahan yang dibina oleh pemilik yang degil dan ingkar terhadap peluang pemutihan yang telah diberikan melalui notis 1,2 dan 3.

    Pesanan saya kepada para pemilik rumah yang ingin mengubahsuai rumah, patuhilah undang2 ubahsuai untuk kebahagiaan anda sekeluarga dan masyarakat setempat.


    TERUSKAN MEMBACA DISINI

    3D ILLUSTRATION...HOUSE

    Monday, November 23, 2009

    ANGGARAN PERKHIDMATAN KOS UNTUK KELULUSAN UBAHSUAI RUMAH

    Setelah anda melantik akitek/perunding dan pelan telah siap untuk dikemukakan ke pihak majlis, anda perlu sediakan sejumlah wang untuk membayar khidmat memproses pelan oleh Majlis Bandaran dan deposit perkhidmatan tong sampah sisa binaan (tong roro) oleh Alam Flora. Wang anda akan digunakan untuk membayar;

    Bil proses pelan ubahsuai rumah (bergantung pada keluasan tambahan rumah)
    Anggaran bil ini adalah antara RM150 hingga RM300. Jumlah bil ini adalah tertakluk kepada keluasan tambahan/ubahsuai rumah. Pelan yang dikemukakan akan disemak keluasannya dan bil akan dikeluarkan setelah pengesahan ke atas pelan dilakukan oleh pegawai/juruteknik bertugas. Biasanya akitek/perunding anda akan membuat temujanji awal bersama pegawai 'in-charge' kawasan/seksyen perumahan anda untuk semakan draf plan dan membuat kiraan bil. Ini memudahkan anda menyediakan wang untuk pembayaran bil proses pelan.

    Bil permit letak bahan binaan (harga tetap)
    Bil ini adalah tetap dan jumlahnya ialah RM324 serta tidak boleh dituntut semula.

    Bil deposit pelan (harga tetap)
    Bil ini adalah tetap dan jumlahnya ialah RM500. Ia adalah sebagai cagaran kepada pelan rumah anda untuk memastikan kerja-kerja ubahsuai mengikut kelulusan dan garispanduan yang ditetapkan. Anda boleh menuntut semula cagaran pelan ini setelah rumah anda siap dibina.

    Bil deposit permit bahan binaan (harga tetap)
    Bil ini adalah tetap dan jumlahnya ialah RM200. Ia adalah sebagai cagaran kepada kerja-kerja ubahsuai dan tempat letak bahan binaan yang dibenarkan oleh pihak majlis berhampiran rumah anda. Anda boleh menuntut semula cagaran permit bahan binaan ini setelah rumah anda siap dibina dan sisa bahan binaan dibersihkan.

    Bayaran Deposit Tong Sampah
    Alamflora telah dilantik oleh sesetengah Majlis Bandaran sebagai kontraktor pembekal tong roro, jadi anda perlu menyediakan deposit sebanyak RM1000 untuk perkhidmatan/sewaan tong roro. Alamflora akan memotong sebanyak RM270 untuk sekali penggunaan/sewa tong roro termasuk kos hantar dan ambil sisa bahan binaan.
    Jika anda menggunakan 2 kali perkhidmatan tong roro, maka kosnya adalah RM540 dan baki RM460 boleh dituntut semula setelah rumah siap dibina dan dibersihkan dari sisa bahan binaan.

    Bagaimana untuk membuat tuntutan semula deposit pelan di Majlis Bandaran yang pelan dikemukan dan Alamflora?

    Tuntutan deposit pelan dan permit Majlis Bandaran (Jumlah RM700)
    - Ambil borang 'claim deposit' di kaunter Jabatan Bangunan
    - isi dan sediakan semua salinan dokumen seperti yang diminta dalam borang tersebut
    - hantar semua dokumen yang diminta bersama borang ke kaunter yang sama
    - pastikan anda membuat salinan borang dan minta petugas kaunter mengecop serta mengesahkan penerimaan dokumen/borang anda. Ini untuk memudahkan anda 'follow-up' proses tuntutan cagaran tersebut.
    - jika tiada masalah, dalam tempoh 1 hingga 2 bulan, anda akan terima surat dari Majlis Bandaran untuk mengambil cek wang cagaran anda. Suka dimaklumkan bahawa Majlis Bandaran akan membuat lawatan ke rumah anda untuk membuat pemeriksaan tapak sebagai prosedur meluluskan tuntutan cagaran anda.

    Tuntutan baki deposit dari Alamflora.
    - isi borang tuntutan baki yang telah diberi semasa bayaran awal
    - bawa resit bayaran dan borang ke pejabat Alamflora
    - kemukakan semua dokumen/borang/resit berkaitan di kaunter
    - pastikan anda membuat salinan borang dan minta petugas kaunter mengecop serta mengesahkan penerimaan dokumen/borang anda untuk membuat 'follow-up' proses tuntutan baki cagaran tersebut.

    *semua kos diatas adalah bergantung kepada kadar yang akan ditentukan oleh pihak Majlis Bandaran dari masa ke semasa.


    KLIK SINI UNTUK BACAAN SETERUSNYA


    Saturday, November 21, 2009

    BORANG

    Friday, November 20, 2009

    PHOTOSHOP FROM ZERO TO HERO

    Finding Photoshop too hard to learn? Are you getting lost with all the Photoshop tools? Do the Photoshop books scare you away?Learn Photoshop with your from zero to hero now, click HERE to expert yourself now.

    Here are just a few things of what you can do using "Photoshop".

    Digital Makeovers

    A very easy to follow along tutorial that will teach you the basics of digital makeovers and how you can easily apply these techniques to your images!

    Color Sepia Tints

    This is a very popular video tutorial designed with the newbie in mind to make learning a breeze. Getting that antique look sprinkled with a dash of color will make your images look OUTSTANDING! I'll show you how! There is also a blooper in this video that is very funny.

    Painting Effects

    Super cool techniques are shown here to help give your images that painting look. You will positively be anxious to try these techniques on your images.

    Magazine Covers

    This is a very fun tutorial. You can get very creative with this. There are so many uses for these covers. Sporting events, holidays, birthdays, just to name a few. You can even save them as a template to use them over and over again.

    Black/White/Color Tints

    This tutorial is a favorite among mothers. This style of portrait is very popular, especially for greeting cards. Now you can get the very same look on your pictures in just a matter of minutes.

    Creating and Editing Picture Packages

    This is a very simple tutorial showing how you can use Photoshop to enhance an everyday image to look truly amazing. The background is a couch in the living room, but that does not matter because attention is given to color theory which has a great impact on the image. The use of Picture Package in Photoshop is also explained!

    Digital Picture Frames

    Digital Picture Frames can be simple to do. In this tutorial, I take you by the hand and show you exactly step by step how I created the ones you see here. You will be truly astounded and understand why Photoshop is the most powerful photo editing program today.

    Corrective Glamour Editing

    This is probably the most requested tutorial. In this tutorial, you will easily learn advance techniques for glamour editing. Girls absolutely love these techniques. From hair highlighting to nose jobs, it's all in here. This tutorial also takes on a more advanced approach to skin softening than the previous digital makeover tutorial. It is a two part series, so, it is actually two videos.

    Etc.

    Thursday, November 19, 2009

    CONTOH REKAAN & LAKARAN PELAN RUMAH UNTUK DIJUAL


    Contoh lakaran & rekabentuk pelan, rekaan pandangan & fasad adalah bergantung kepada pelanggan. Samada 1 tingkat atau 2 tingkat boleh anda dapatkan dari ArtDraughtmans dari harga serendah RM10.00 sehingga RM20.00 bergantung kepada keluasan lakaran pelan. Setiap lakaran yang dijual didatangkan dalam fail cad. Bermakna anda tidak lagi perlu bersusah payah untuk mengupah sesiapa untuk melukis semula lukisan. Jika anda berminat, dapatkan segera di blog ArtDraughtmans. Hubungi pihak kami untuk senarai katalog lakaran.

    KLIK SINI UNTUK LAKARAN SETERUSNYA

    PROSEDUR RINGKAS BAGAIMANA UNTUK MEMBUAT PINJAMAN UNTUK UBAHSUAI RUMAH

    Terdapat pelbagai cara untuk kita untuk mencari sumber untuk melakukan pengubahsuaian rumah. Menjadi setiap idaman semua orang untuk memiliki rumah yang selesa didiami. Antaranya ialah melaui pinjaman bank. Di bawah ini dijelaskan secara ringkas prosedur tersebut.

    a. Anda melantik akitek/perunding untuk menguruskan rekabentuk & mengemukakan pelan ke pihak majlis sehingga mendapat kelulusan.
    b. Anda juga melantik kontraktor binaan untuk kerja-kerja ubahsuai rumah anda. Kontraktor akan menyediakan dokumen sebutharga ubahsuai yang terperinci.
    c. Salinan pelan lulus dan sebutharga ubahsuai rumah dikemukakan oleh anda ke pihak bank/swasta/kerajaan yang akan membiayai pinjaman ubahsuai rumah anda.
    d. Pihak yang berkenaan akan membuat kiraan jumlah pinjaman berdasarkan keluasan tambahan rumah dalam pelan lulus dan sebutharga yang disediakan oleh kontraktor anda.
    e. Pihak pembiaya pinjaman ubahsuai rumah anda meluluskan pinjaman dengan syarat bayaran dibuat mengikut 'progress payment' ubahsuai rumah anda.

    Setelah pinjaman diluluskan dan segala dokumen telah anda terima dari pihak pembiaya iaitu bank/swasta/kerajaan, anda bolehlah memulakan kerja-kerja ubahsuai rumah anda.

    Nota penting!
    Kontraktor akan membuat tuntutan bayaran mengikut perjanjian 'progress payment'. Sebagai contoh, kerja-kerja ubahsuai telah siap sebanyak 30%, maka kontraktor membuat tuntutan bayaran kepada anda dan pihak pembiaya ubahsuai rumah. Dalam hal ini, anda perlu melantik akitek/perunding untuk memantau kerja-kerja pembinaan dan menyediakan laporan pengesahan siap kerja pembinaan 30%. Laporan ini adalah sebagai dokumen sokongan untuk membolehkan kontraktor membuat tuntutan 'progress payment' kepada pihak bank/swasta/kerajaan.

    TERUSKAN MEMBACA DISINI

    Wednesday, November 18, 2009

    ALUMINIUM FABRICATION DRAWING

    The fabrication drawing is a specific type of detail drawing. Fabrication drawings are also called as part drawings and it is principally found in and around machine and fabrication shops where the actual machine work is performed. Some fabrication drawings are virtually assembly drawing e.g. when a number of items are assembled together as a fabrication. The drawing usually depicts the part or component as an orthographic projection with each view containing the necessary dimensions. The fabrication drawing generally includes a material parts list identifying all of the materials used to build up the fabrication.

    A fabrication drawing is also used to aid the construction of a printed board. It shows all of the locations of the holes to be drilled, their sizes and tolerances, dimensions of the board edges, and notes on the materials and methods to be used.

    In today's fast paced construction, fabricators are finding themselves facing tighter construction schedules and longer material lead times. The Principal Contractor will produce working and fabrication drawings to enable manufacture of off-site materials and components and to allow the commencement of construction on site.

    Then that fabrication drawing will be submitted to the Project Manager and design team for review and approval. A team that can provide cost effective and quality service will definitely help you to bid profitably and they will also deliver quality service to customers. The design team will also carry out cyclic inspections of the works and prepare and submit regular site inspection reports to the Project Manager in a format agreed prior to the beginning of construction.

    Outsourcing your fabrication drawing is the best way available for you if you can’t find enough time for all that work as this work is very time consuming and it also requires more concentration. By outsourcing all these services you can save your valuable amount of time for your other core business activities.


    Shop drawings can be embedded with data blocks containing pre-determined attributes which correspond to key information needed by your company to fabricate materials or manufacture products. This embedded information can be extracted from the Shop Drawings into a data base or spread sheet program and be manipulated to produce hard copy or data files that can be used directly by fabrication.

    Sample of fabrication drawing, click for large image.

    Saturday, November 14, 2009

    PINJAMAN KOPERASI ( SKIM BAI MURABAHAH )

    KEMUDAHAN PAKEJ RM 150,000 TANPA PENJAMIN POTONGAN GAJI MELAUI BIRO ANGKASA. BERDASARKAN PRINSIP KEWANGAN ISLAM KHAS UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN, BADAN BERKANUN DAN SYARIKAT BERDAFTAR DENGAN PERKHIDMATAN BIRO ANGKASA.

    KEISTIMEWAAN
    1. DIIKTIRAF INSTITUT PERBANKAN & KEWANGAN ISLAM MALAYSIA (IBFIM)
    2. KADAR UNTUNG RENDAH 1.99% SETAHUN, REBAT IBRA KE ATASA PEMBAYARAN AWAL
    3. POTONGAN MELALUI BIRO ANGKASA SELEPAS 3 BULAN
    4. ANSURAN LAMA KOPERASI, BANK, KAD KREDIT BOLEH DISELESAIKAN. MENAMBAHKAN GAJI BERSIH ANDA
    4. TAK PERLU KE BANK, PERKHIDMATAN KE LOKASI ANDA OLEH PEGAWAI KOPERASI

    KELAYAKAN
    1. KAKITANGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN, NEGERI, BADAN BERKANUN & SYARIKAT BERDAFTAR DENGAN BPA
    2. UMUR 18 - 57 TAHUN BERJAWATAN TETAP (KERJA 1 BULAN) ATAU KONTRAK (KERJA 12 BULAN)
    3. POTONGAN GAJI (TERMASUK PEMBIAYAAN INI) TIDAK MELEBIHI 60% JUMLAH PENDAPATAN
    4. MASALAH CTOS, CCRIS, BLACK LIST & AKPK LAYAK MEMOHON

    DOKUMEN
    1. 1 BULAN SLIP GAJI ASAL YANG TERKINI
    2. 3 SALINAN MYKAD (DEPAN & BELAKANG)
    3. 3 SALINAN SLIP GAJI 2 BULAN TERKINI
    4. 1 SALINAN BIL AIR, API, TELEKOM ATAU ASTRO
    5. 1 SALINAN SURAT OPSYEN PENCEN UMUR 58 TAHUN
    6. 1 SALINAN SURAT PENGESAHAN JAWATAN/PELANTIKAN
    7. 1 SALINAN BUKU BANK (DEPAN)
    ***SEMUA SALINAN PERLU DISAHKAN MAJIKAN

    TANPA PENJAMIN
    PEMBIAYAAN 15 TAHUN
    KADAR SERENDAH 1.99%
    DILINDUNGI TAKAFUL
    KELULUSAN SEGERA
    PERKHIDMATAN PERCUMA


    UNTUK PERTANYAAN ATAU UNTUK MEMOHON, SILA TINGGALKAN NOMBOR TELEFON DI RUANGAN 'MESSAGE BOX' & PIHAK KAMI AKAN HUBUNGI ANDA ATAU TERUS HUBUNGI KAMI DI 012 368 2590 (RIZAL) / 012 260 4835 (KHIDIR) DAN NYATAKAN ANDA MEDAPAT TAHU IKLAN KOPERASI MELALUI BLOG ARTDRAUGHTMANS

    ALUMINIUM

    ArtDraughtmans proudly to introduce our new freelance services, shop & part drawing for aluminium & glazing works :

    1.window
    2.cladding
    3.shopfront
    4.curtainwall
    5.sliding door
    6.glazing
    7.etc.

    Shop drawings are extremely important to the contract glazing & aluminum cladding industry. The drawings show the contractor's interpretion of construction document set in reference to the scope of work in contract. Quality shop drawings detail and document all requirements of design parameters, and are used by project managers for material ordering, take-offs, fabrication, installation & errection.

    Shop drawings will include all the necessary details, drawn in Autocad to describe your interpretion of the c d set, for Architectural approval. The details will be generated from the Architectural Plans and your instructions per check list as to which System types to incorporate.

    A typical set of drawings will contain the following:

    1. Cover sheet: This sheet contains all the miscellaneous job information including: general notes, door schedule, door hardware schedule, miscellaneous glass and glazing schedule, glass type schedule, legend, window schedule, general contractor information, architect information, job location, revision block and an area for architect/contractor approval stamps and comments.

    2. Key floor plan sheet(s): The floor plans are drawn to a various scale and contain the locations of all the work shown on the shop drawings. All work is keyed with a sheet number for quick access.

    3. Elevation sheet(s): The elevations are typically drawn to various scale. Typical elevations include all dimensioning, quantities, architectural references, detail balloons with sheet numbers, door numbers and door swings.

    4. Detail sheet(s): The details are typically drawn at full scale. Typical details include dimensioning, architectural references, perimeter construction and notes (part numbers, by other designations, fabrication and installation notes).

    The shop can be drawn per your standards, title block & company logo.

    There is always a small learning curve with first time customers. Our first job will take a little longer, as we try very hard to present the job the way you want to see it.

    In order to perform the most accurate set of drawings please provide us the following:

    1. A full set of architectural & structural drawings
    2. Cad details of aluminium works

    The more information you provide the more accurate and professional your shop drawings will be.

    Pricing for shop drawings set is on project to project basis, as it depends on size & complexity of the work. For pricing & samples email us at artdraughtmans@yahoo.com or post a message at our shoutbox.

    WELCOME TO YOLA-YOLA WEDDING CRAFT...

    YOLA-YOLA WEDDING CRAFT

    MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN REKABENTUK & GUBAHAN PERKAHWINAN.
    SETIAP GUBAHAN & HARGA DITETAPKAN MELALUI :


    KONSEP
    WARNA
    TEMA

    SETIAP GUBAHAN BERGANTUNG KEPADA IDEA & KEHENDAK PELANGGAN, PIHAK YOLA-YOLA WEDDING AKAN MEMBERI KHIDMAT NASIHAT SEBELUM KERJA GUBAHAN BERMULA


    HUBUNGI YOLA-YOLA WEDDING CRAFT UNTUK SEBARANG PERTANYAAN DI
    artdraughtmans.blogspot.com @ 0129303005 (AIN)

    contoh kerja rekabentuk YOLA-YOLA WEDDING CRAFT...akan di 'update' dari masa ke masa


    Friday, November 13, 2009

    WELCOME TO LOLA DESIGN...

    LOLA DESIGN

    MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN REKABENTUK GRAFIK :

    KAD JEMPUTAN PERKAHWINAN
    KAD NAMA PERNIAGAAN
    'BUNTING'
    'BANNER
    '
    'BUSINESS BRANDING OR REBRANDING'
    etc.

    HUBUNGI LOLA DESIGN UNTUK SEBARANG PERTANYAAN DI
    artdraughtmans.blogspot.com @ 0176367321/0199111392 (AMIR)

    contoh kerja rekabentuk LOLA DESIGN...akan di 'update' dari masa ke masa

    Thursday, November 12, 2009

    PROSEDUR AM MEMBINA RUMAH BARU

    RUMAH BANGLO / RUMAH 1 TINGKAT ATAU 2 TINGKAT

    1-Pelan Perancang bandar (jika perlu)
    2-Pelan Arkitek
    3-Pelan jurutera
    PELAN ARKITEK
    Pelan Arkitek merupakan pelan yang pertama harus disediakan terlebih dahulu untuk mendirikan rumah.Pelan ini menunjukkan pandangan luaran dan dalaman rumah.Sebuah pelan rumah (Arkitek) yang lengkap dan bersedia untuk submission adalah mengandungi
    Pelan tapak
    Pelan ini menunjukkan pelan lot tanah tempat rumah yang hendak dibina,ianya juga menunjukkan lot-lot lain yang berada di sekeliling lot tersebut.pelan tapak ini juga perlu dimasukkan pelan rumah ke dalam lot tanah.pelan tapak ini mesti ditunjukkan tapak rumah (pelan lantai bawah),sistem sanitary iaitu manhole,piping,septic tank,parit,limit jarak antara rumah dan lot serta lain-lain yang diminta oleh pihak majlis.
    Pelan lokasi
    Pelan ini menunjukkan kawasan/seksyen lot tanah tersebut,juga ditunjukkan pelan dari jalan utama ke lot tanah, nama bangunan seperti sekolah,hospital yang berdekatan juga perlu ditunjukkan.
    Pelan kunci
    Pelan yang menunjukkan daerah/negeri/mukim kawasan lot.
    Pelan lantai bawah (ground floor keyplan)
    Pelan tingkat bawah yang menunjukkan perkara yang mengikut kemahuan pemilik
    Pelan lantai atas (1st floor keyplan)
    Pelan yang menunjukkan perkara yang mengikut kemahuan pemilik
    Pelan bumbung (roof plan)
    Menunjukkan jenis bumbung dan kecerunannya,juga perlu ditunjukkan wire mesh iaitu paip udara bagi sanitary.
    Pelan pandangan (elevation)
    Ia menunjukkan pandangan rumah dari luar
    Pelan keratan
    Pelan ini menunjukkan pandangan keratan rentas rumah
    Shematic diagramme
    Menunjukkan saiz dan jenis paip,tangki air,tangki najis,sink,basin,floor trap serta yang berkaitan dengan piping installation sanitary dan plumbing
    Jadual pintu dan tingkap
    Jadual yang menunjukkan saiz dan jenis pintu dan tingkap l-Pagar
    Pelan ini mengandungi pelan pagar dan perician untuk tempat meter air,tong sampah dan meter elektrik
    Jadual pencahayaan dan pengudaraan
    Jadual menunjukkan pengiraan ruang cahaya dan udara
    Pelan bangunan sementara
    PELAN JURUTERA
    Penyediaan pelan oleh pihak jurutera bagi pembinaan banglo terdiri daripada pelan r.c,pelan sanitary,pelan plumbing,pelan kerja tanah (jika perlu).semua pelan ini akan direkabentuk setelah menerima pelan dari arkitek.setiap jenis pelan tersebut akan di hantar ke jabatan yang berbeza iaitu pelan R.C disertakan pelan arkitek perlu di submit ke Majlis.Pelan sanitary ke IWK/JPP.pelan plumbing ke PBA/SYABAS.
    Pelan R.C
    Pelan r.c menunjukkan rekabentuk struktur (kerangka) sesuatu bangunan,setiap saiz besi,saiz tiang,saiz beam akan ditunjukan dengan jelas dan perlu diikuti oleh kontaktor semasa
    dalam pembinaan nanti.pihak jurutera akan melakukan pegawasan terhadap kontraktor supaya struktur rumah dibina mengikut pelan yang disediakan.Pembinaan rumah yang tidak mengikut rekabentuk yang betul akan mengalami keretakan dan runtuh.
    Pelan Plumbing
    Pelan plumbing merujuk kepada sistem paip bekalan air rumah.ianya menunjukan saiz paip,saiz water tank serta punca paip sediada yang akan disalurkan ke rumah.pelan ini akan di submit kepada PBA/SYABAS untuk kelulusan.
    Pelan Sanitary
    Pelan yang menunjukan sistem pembentungan rumah,terdapat beberapa siri submission untuk pelan sanitary,bermula dari PDC1 hinggalah PDC8.jika dilihat pelan jenis ini adalah lebih kurang sama dengan pelan plumbing kerana ianya menunjukkan saiz-saiz paip yang akan digunakan.Jenis septic tank yang disediakan adalah mengikut jumlah penghuni dan akan ditentukan oleh jurutera.(Jumlah P.E) .IWK/JPP adalah pihak yang bertanggungjawab dalam kelulusan pelan jenis ini dengan mengikut prosedur yang ditetapkan.

    Pelan Kerja Tanah (Earthwork)
    Pelan ini disediakan jika keadaan tapak perlu di timbun atau di korek (cut ‘n’ fill)


    KLIK SINI UNTUK BACAAN SETERUSNYA


ADVERTISEMENT

ARTDRAUGHTMANS POST

ARTDRAUGHTMANS CARD

Photobucket

ARTDRAUGHTMANS VISITORS

back to top