Thursday, November 12, 2009

PROSEDUR AM MEMBINA RUMAH BARU

RUMAH BANGLO / RUMAH 1 TINGKAT ATAU 2 TINGKAT

1-Pelan Perancang bandar (jika perlu)
2-Pelan Arkitek
3-Pelan jurutera
PELAN ARKITEK
Pelan Arkitek merupakan pelan yang pertama harus disediakan terlebih dahulu untuk mendirikan rumah.Pelan ini menunjukkan pandangan luaran dan dalaman rumah.Sebuah pelan rumah (Arkitek) yang lengkap dan bersedia untuk submission adalah mengandungi
Pelan tapak
Pelan ini menunjukkan pelan lot tanah tempat rumah yang hendak dibina,ianya juga menunjukkan lot-lot lain yang berada di sekeliling lot tersebut.pelan tapak ini juga perlu dimasukkan pelan rumah ke dalam lot tanah.pelan tapak ini mesti ditunjukkan tapak rumah (pelan lantai bawah),sistem sanitary iaitu manhole,piping,septic tank,parit,limit jarak antara rumah dan lot serta lain-lain yang diminta oleh pihak majlis.
Pelan lokasi
Pelan ini menunjukkan kawasan/seksyen lot tanah tersebut,juga ditunjukkan pelan dari jalan utama ke lot tanah, nama bangunan seperti sekolah,hospital yang berdekatan juga perlu ditunjukkan.
Pelan kunci
Pelan yang menunjukkan daerah/negeri/mukim kawasan lot.
Pelan lantai bawah (ground floor keyplan)
Pelan tingkat bawah yang menunjukkan perkara yang mengikut kemahuan pemilik
Pelan lantai atas (1st floor keyplan)
Pelan yang menunjukkan perkara yang mengikut kemahuan pemilik
Pelan bumbung (roof plan)
Menunjukkan jenis bumbung dan kecerunannya,juga perlu ditunjukkan wire mesh iaitu paip udara bagi sanitary.
Pelan pandangan (elevation)
Ia menunjukkan pandangan rumah dari luar
Pelan keratan
Pelan ini menunjukkan pandangan keratan rentas rumah
Shematic diagramme
Menunjukkan saiz dan jenis paip,tangki air,tangki najis,sink,basin,floor trap serta yang berkaitan dengan piping installation sanitary dan plumbing
Jadual pintu dan tingkap
Jadual yang menunjukkan saiz dan jenis pintu dan tingkap l-Pagar
Pelan ini mengandungi pelan pagar dan perician untuk tempat meter air,tong sampah dan meter elektrik
Jadual pencahayaan dan pengudaraan
Jadual menunjukkan pengiraan ruang cahaya dan udara
Pelan bangunan sementara
PELAN JURUTERA
Penyediaan pelan oleh pihak jurutera bagi pembinaan banglo terdiri daripada pelan r.c,pelan sanitary,pelan plumbing,pelan kerja tanah (jika perlu).semua pelan ini akan direkabentuk setelah menerima pelan dari arkitek.setiap jenis pelan tersebut akan di hantar ke jabatan yang berbeza iaitu pelan R.C disertakan pelan arkitek perlu di submit ke Majlis.Pelan sanitary ke IWK/JPP.pelan plumbing ke PBA/SYABAS.
Pelan R.C
Pelan r.c menunjukkan rekabentuk struktur (kerangka) sesuatu bangunan,setiap saiz besi,saiz tiang,saiz beam akan ditunjukan dengan jelas dan perlu diikuti oleh kontaktor semasa
dalam pembinaan nanti.pihak jurutera akan melakukan pegawasan terhadap kontraktor supaya struktur rumah dibina mengikut pelan yang disediakan.Pembinaan rumah yang tidak mengikut rekabentuk yang betul akan mengalami keretakan dan runtuh.
Pelan Plumbing
Pelan plumbing merujuk kepada sistem paip bekalan air rumah.ianya menunjukan saiz paip,saiz water tank serta punca paip sediada yang akan disalurkan ke rumah.pelan ini akan di submit kepada PBA/SYABAS untuk kelulusan.
Pelan Sanitary
Pelan yang menunjukan sistem pembentungan rumah,terdapat beberapa siri submission untuk pelan sanitary,bermula dari PDC1 hinggalah PDC8.jika dilihat pelan jenis ini adalah lebih kurang sama dengan pelan plumbing kerana ianya menunjukkan saiz-saiz paip yang akan digunakan.Jenis septic tank yang disediakan adalah mengikut jumlah penghuni dan akan ditentukan oleh jurutera.(Jumlah P.E) .IWK/JPP adalah pihak yang bertanggungjawab dalam kelulusan pelan jenis ini dengan mengikut prosedur yang ditetapkan.

Pelan Kerja Tanah (Earthwork)
Pelan ini disediakan jika keadaan tapak perlu di timbun atau di korek (cut ‘n’ fill)


KLIK SINI UNTUK BACAAN SETERUSNYA


No comments:

Post a Comment

ADVERTISEMENT

ARTDRAUGHTMANS POST

ARTDRAUGHTMANS CARD

Photobucket

ARTDRAUGHTMANS VISITORS

back to top