- Ambil masa untuk menilai kontraktor yang sesuai. Jangan sama sekali dengan sekali jumpa di kedai kopi terus nyatakan persetujuan untuk melantiknya. SATU KESILAPAN BESAR!!!.
- Minta spesifikasi penuh dari pihak kontraktor dan bandingkan dengan beberapa kontraktor lain. Guna spesifikasi yang sama untuk dapatkan sebutharga.
- Pastikan semua perkara yang dibincang dan dipersetujui ada HITAM PUTIH.
- Spesifikasi yang telah dipersetujui di attach dalam dokumen perjanjian peguam.
- Lawati projek yang sedang dan telah dilaksanakan kontraktor berkenaan untuk meilihat secara dekat kualiti kerja. Jika betul - betul puas hati hati baru bincang lanjut.
- Pastikan dengan tepat bilangan punca kuasa, jenis alatan elektrik, jenis bekalan elektrik, punca bekalan air dll sebab ramai yang tak perasan dan terperangkap dengan tambahan kos diakhir projek.
- Beri keutamaan pada binaan struktur, pastikan jenis besi yang digunakan.
- Beri KEPERCAYAAN kepada kontraktor anda. Jika wujud permasalahan bincanglah dengan baik. Pendekatan marah & maki hamun tidak akan mampu menyelesaikan masalah.
- Mintalah nasihat dari seorang tukang berpengalaman untuk pemantauan kerja untuk keyakinan di pihak anda secara senyap. Jangan pakai ramai sangat nanti anda pening sebab RAMAI YANG TAHU KOMEN TAPI KALU SURUH BUAT TAK TAHU PUN!!!!!
- Lakar terlebih dahulu kedudukan ruang dapuryang diingini, misalnya kedudukan pintu, sinki dan dapur memasak. Lihat sama ada ia boleh disusun semula atau dikekalkan. mungkin perubahan kedudukan ini boleh memuatkan ruang lebih untuk keperluan lain misalnya menambahkan ruang penyimpanan seperti kabinet untuk memberi peluang ruang kerja lebih lapang.
- Pilih unit kabinet bersesuaian kerana kehadiran kabinet ini akan mempengaruhi ruang berkenaan. Jika keluasan dapur terhad, penggunaan kabinet dinding lebih bersesuaian berbandingperabut atau almari. Walau bagaimanapun, jika ingin menggunakan kabinet 'penuh' pada dinding, pastikan ia tidak kelihatan terlalu 'berat dan padat'. Misalnya menggunakan pintu kaca atau skema warna cerah dan 'sejuk'.
- Pastikan jika anda menggunakan kabinet dinding atas bawah, sudut tidak dibairkan kosong. Anda mungkin boleh menjadikan sudut ini tempat memasak elektrik (periuk, cerek atau oven) atau mewujudkan sinki sudut.
- Selain kabinet bertutup, anda juga boleh memilih menggunakan ruang atau rak penyimpanan terbuka. Gantikan kabinet tertutup dengan sebahagian kabinet terbuka kerana ini lebih memudahkan anda mengambil atau menyimpan peralatan dapur seperti periuk, kuali, pinggan, mangkuk dan sebagainya.
- Untuk tampil berbeza, idea pintu ala kafe mungkin menarik seandainya anda masih ingin ruang dapur 'bertutup' selain penggunaan tirai atau daun pintu.
Sunday, January 29, 2012
Saturday, October 8, 2011
Monday, July 11, 2011
TIP MENGELAKKAN KEJADIAN PECAH RUMAH

Tinggal di dalam kediaman yang selesa dan selamat adalah impian setiap individu. Memastikan keselamatan kediaman dan penghuninya sentiasa berada dalam keadaan selamat adalah tanggungjawab bersama.
Lazimnya kejadian pecah rumah berlaku ketika penghuni tiada di rumah pada jangka masa yang lama tanpa memberitahu jiran atau polis mengenai ketiadaan penghuni.
Rumah yang ditinggalkan kosong dalam tempoh lama misalnya perlu kelihatan seperti ada penghuni. Justeru jika ada langganan akhbar perlulah dihentikan supaya kediaman tidak kelihatan tidak berpenghuni.
Kedudukan rumah di kawasan terpencil tanpa jiran tetangga juga memudahkan pencuri melakukan aktiviti jenayah mereka. Struktur rumah juga memainkan peranan mudah dimasuki pencuri terutamanya jika mempunyai lubang angin di bahagian bumbung.
Tiada permuafakatan sesama jiran untuk mengawasi kediaman masing – masing dan jiran tetangga boleh menyebabkan kejadian pecah rumah.
Meletakkan barang bernilai di sekitar atau dalam rumah yang dapat dilihat dari luar turut mengundang pihak yang tidak bertanggungjawab melakukan jenayah. Penjenayah ada yang menggunakan pemutar skru atau objek tajam mengumpil pintu atau tingkap atau menggunakan jack untuk membuka grille tingkap.
Bumbung dan siling terbuka juga mengundang pemecah rumah melakukan kegiatan yang tidak bermoral.
Ada juga penjenayah yang menggunakan taktik membuka paip air di luar rumah bagi mengalih perhatian tuan rumah, sebaik tuan rumah membuka pintu, penjenayah akan memasuki rumah secara paksa.
Justeru, jika ada terdengar paip air terbuka di luar rumah di waktu malam, pastikan dan perhatikan dulu sebelum keluar menutupnya kerana dikhuatiri ia adalah perangkap.
Bagi rumah yang mempunyai pintu slidding, selakkan dengan kayu panjang di bahagian bawahnya bagi mengelakkan ia diumpil dari luar.
Antara kaedah pencegahan lain ialah, sebelum meninggalkan rumah untuk jangka masa yang lama, maklumkan kepada balai polis berhampiran. Tinggalkan maklumat secukupnya bagi memudahkan jiran dan polis memaklumkan sebarang kejadian kepada anda.
Alat keselamatan tambahan boleh di pasang di pintu utama seperti lubang pandangan, mangga dan selak keselamatan untuk menggagalkan aktiviti jenayah pihak yang tidak bertanggungjawab.
Sentiasa pasangkan lampu apabila keluar rumah di waktu malam. Jangan tinggalkan sebarang nota yang boleh membantu pemecah rumah bertindak.
Jalinkan hubungan baik dengan jiran bagi membolehkan mereka menjenguk – jenguk di kawasan rumah terutama apabila ke tempat kerja atau bercuti.
Pastikan pintu, tingkap dan pintu pagar berkunci sebelum meninggalkan rumah atau tidur. Pasangkan sistem penggera keselamatan.
Kawasan rumah perlulah sentiasa dibersihkan bagi mengelakkan semak – samun dan belukar yang mudah menjadi tempat persembunyian penjenayah.
TIP PEMILIHAN KONTRAKTOR

Pastikan anda memilih kontraktor yang betul - betul berwibawa dan berpengalaman dalam merealisasikan rumah impian anda. Ramai yang mengatakan buat rumah itu mudah tetapi ketahuilah hanya mereka yang betul - betul pakar mampu merealisasikan mengikut kehendak dan citarasa anda. Janji mudah terlalu selesa dengan janji - janji manis mereka yang mengaku kontraktor berpengalaman. Berikut beberapa tip yang boleh membantu dalam memilih kontraktor :-
TIPS KURANGKAN KESESAKAN DAPUR

Tip berikut akan membantu anda menyelesaikan masalah tanpa perlu tergesa - gesa membuat pengubahsuaian besar - besaran.

















